Wednesday, August 11, 2010

Detox Patch


assalammulalikum

kengkawan kalau nak order boleh bagi tahu saya....sekeping saya tolak RM 2....kos penghantaran kene lebih daripada 100 keping sebab tak balik modal utk kos penghantaran....sila lah order 012.9177936


Ramadhan menjelang kembali....

Assalamulaikum

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Hari ini merupakan hari pertama berpuasa di Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dgn keberkatan...bualan ini adalah bulan yang maha agung.... ini adalah kerana ibadat yang dilakukan akan dilipat gandakan...amalan yang sunat muaakad dapat pahala setaraf ibadat fardhu ain....apatah lagi ibadah fardu ain, pahala nya amatlah besar dan dilipatgandakan... bulan yang maha agung ini mempunyai banyak keistimewaannya...bulan ini bukan hanya berpuasa tetapi lebih daripada itu...berikut adalah sedikit catatan yang dijumpai dalam internet untuk renungan bersama

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.


Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersama (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa sama ada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan
Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir.
Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya
jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.
Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya
dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah
sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita
maka anak2 akan ingat kpd kita.


Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab.
Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di
akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.


Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan

penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya

ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.


*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....

Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan.

Wallahua'llam.


SELAMAT BERPUASA

Wednesday, August 4, 2010

Sepang Gold Coast

salam

Sebenarnya tujuan kami adalah menghadiri jemputan kenduri doa selamat dan aqikah cucu
Kak Fuziah sepupu kami di Bandar Enstek. Plan nak pi Sepang Gold Coast nii datang masa on the way nak gi rumah mereka....lepas menikmati kambing yang dibakar dan dipanggang tu....isyykkk terliur gak sebab memang best
catering tuuu buat...nombor rasanya dah ambik ....aqikah untuk damia dan darlene masih tak buat2 lagi niii....boleh plan ....hahahah....macam nak pi restoran Saba' lak....

Mana tadi terlupa....heheheh lepas menikmati daging yang dipanggang tuuu kami pon bertolak
destinasi serampang 2 mata kami ke Sepang Gold Coast....masa tuu dah pukul 3 petang
dah....kami pon saspen gak jalan nak menuju ker tempat tuu sebab tak pernah sampai pon....rasanya lebih kurang 53 KM dari rumah kami...kalau dari rumah sepupu kami tuuu dekat laaa....kami pon pakai redah jer tak tanya sapa2 pon....agak2 pukul 4 petang selepas selesai jer solat zuhur di Masjid area tuuu...kami pon sampai lah


nilaaa pemandangannya serba sedikit untuk dimuatkan dalam blog niii....kawasan niiii cantekk...ramai gak org pasang tent, buat barbeque, buat istana pasir, cari shell, dan ada juga siap bawa alat untuk cari emas tuuuu....heheheheh




























kami cadang pon nak buat khemah...tgk masa yang
sesuai sebelum bulan pose niii...heheheh....best2x...lama dah tak buat outing macam tuuu....dulu ngan kawan....sekarang nak buat utk keluarga lak laaa...heheehhe
Ok sambung lak cete....sebab kami hanya membawa sehelai sepinggang jer, kami pun tak ader aaa buat aper2 kat situ....hanya menghirup udara yang nyaman, mendengar deruan ombak, merasai tiupan angin sepoi2 bahasa, menikmati mee bandung muar dan cendol di tepi pantai dan yang paling best adalah operasi menangkap ketam dan kupang...aktiviti ni kami memang suka terutama anak2 ku kerana memang dapat main air....heheheh mummy dia pon gak suka jalan kat tengah2 laut tuuu.....heheheh nasib baik laa buaya PD tak sampai kat sini....opppsss tercelupar la
k....sorry....

Monday, August 2, 2010

Karnival Futsal J*M 2010




Ni laa setakat gambar yang termampu nak upload...bukan apa...blogspot hanya benarkan 5 keping jer untuk diupload....hahahaha....untuk makluman ini lah dream team 2010 I*M...penyertaan untuk tahun kedua... sebanyak 47 agensi yang masuk...almaklumlah...kementerian kami besar dan berkuasa kat mesia nii....hahahah...

Tahun lepas, kami hanya layak sehingga suku akhir...tapi pada tahun ini kami dah terkeluar pada awal2 lagi....almaklumlah Johan dan Naib Johan kumpulan kami dapat masuk Semifinal tuuu....diorang memang kuat dan skill memang tinggi....itu sebablah kami kalah...kalah pon sikit jer dan tipis....

Apa2 pon tahniah la buat diri sendiri...apa taknya rasa macam dah tue....tapi masih fit lagi untuk bermain dalam futsal....hahahahah....sebenarnya main 2nd keeper tapi sebab top striker injured lak masa tuuu....so terpaksalah menggantikannya....hahahahaha....maaflah kat teamates sebab banyak peluang depan gol tapi tiang gol menjadi penghalang.....

ok setakat ini...buat masa ini sebab gambar semua kat umah....sekarang kat opis...mana yang sempatlaah....heheheh


Berbulan sudah berlalu

Aduhai...bila nak start projek blog ni...dah berbulan rasanya tak tertulis apa2 cete...nak cete pon dah basi...tak ada istiqamah...aduhhai...internet lak buat hal....slow nak mampuih...modem kejap2 tak ok....nak keneadu ni kat telekom....

ni pon bukak sebab stress sangat sebab byk kerja nak kene buat....tapi tak terbuat2 gak.... sebab tak tahu nak buat yang mana satu dulu....tapi takpe atleast ada gak merancang ...insyaAllah kita yang merancang dan Allah yang menentukan...

ok berbalik lak story kiter...apa nak cete yer....emmmmm....aku catat la sikit apa yang ingat di kepalaku....tarikh......isykkk.... tak payah la tarikh2....aku mudah lupa....hahahaha....baru nak start dah jemmm.....cissss....

Berikut adalah beberapa perkara yang aku akan upload bende yang menarik dalam blog ini seperti

1. Sesat di Gold Coast Sepang
2. Kejohanan Futsal antara J*M 2010
3. Kejohanan Rowing antara J*M 2010
4. Jalan2 bersama Keluarga isteri sekitar Putrajaya ( Flouria 2010) dan Cyberjaya (Saba', Downtown UPM, GoKart dan Kereta Drift dan lain2 lagi) .
5. Jalan2 di Wetland (cycling)
6. dan lain2 lagi la kalau terimgat...yang mana tak nak ingat...tak nak cetela...nanti sedih...huhuhuhu.....

sekian dahulu ulasan daripada saya" DaddyINthe House" semoga anda berpuas hati....sayonara....

Wednesday, June 23, 2010

Seminggu Sudah Berlalu

Salam

dah seminggu aku tak update blog ni...macam2 cete nak story tapi tak ada masa dan kesukaran untuk mengakses internet...event memori seperti balik kampung di Pe*li*, bagi taklimat di *olitekni* Ku*i*, *e*ah, jalan2 mengimbau kenangan kat universiti, Pekan *hang**on, Pekan Ji*ra, Pa*an* Be*ar dan macam2 tempat lagi....

Byk gak kenangan yang indah, pahit, tensen dan lain2 lagi perasaan yang tak menentu semasa seminggu yang lalu terusik...hehhehe penat travel pon masih terasa2 lagi sampai ke hari ini....nanti kalau ada masa lagi aku akan muat turun dalam blog niii....kalau ada masa laaa... aku pon sebenarnya dah lama tak mengarang seperti niii....nak kene warming up sikit pemikiran agar lebih kreatif dan kritis....dan juga harapkan isteri tercinta la kalau nak update cete2....aku niii agak bz jer memanjang.....hhahaah

oklah cukup untuk hari ini....tunggu esok lak kalau ada mase!!!

"DaddyOfTheHouse"

Monday, June 14, 2010

Welcome

Selamat datang ke blog kami yang tak seberapa ini... setelah bertungkus-lumus selama sejam kami berhadapan di skrin ini, akhirnya kami berjaya menyiapkannya...tahniah untuk kami sekeluarga....Syabas...!

Penghasilan blog baru ini adalah bagi menggantikan blog2 sebelum ini yang harus diubah design dan dirasakan perlu untuk dijenamakan semula....=)macam bukak bisnes la pulak....!Bisness....emmm terpikir gak nak post kan something cam tu kat sini....heheheheh....

Ok lah dah pukui 11.25 malam...aku nak solat dan bersiap masuk tido...esok ada seminar di IN*A* Bu*it *ia*a...masa ni juga Jepun sedang mendahului Cameron 1 berbalas 0....World Cup 2010 di Afrika masuk hari ke-4.... Pasukan favourite mestilah Brazil...Pasukan Underdog aku pilih Swirtzeland...Tidak ketinggalan pasukan dari Asia, Korea Selatan pilihan aku untuk World Cup 2010...

Sekian berita untuk hari ini,

"Daddy of the House"